Salam buat
pembaca, yang lama aku tinggalkan, yang lama aku lupakan, yang lama tak aku
fikirkan. Aku rasa bersalah tak menunaikan kata, janjinya nak update, tapi dah
berdate-date tak up-up pun. Hahaha. Inilah masalah aku, manusia, suka berdalih,
mengelak, mengelat dan sebagainya.
Aku terlupa
& tak periksa bila kali terakhir aku menulis di sini. Takpelah, aku tak
mahu beratkan isu tu. Yang penting, aku kembali meluang masa dan fikiran di
sini.
Bila aku sendiri
dah menempuhi alam dewasa, baru aku tahu apa maksud, belajar menerima.
Belajar
menerima adalah mensyukuri, belajar menyukai apa yang ada, bukan memahukan apa
yang tak ada. Kalau orang putih, katanya, "love what you have, not have
what you love".
Begitulah
lebih kurang, BI aku tak power. Hehe.
Suka aku
petik kata-kata Socrates, "I know that I know nothing" atau
terjemahnya, "Aku tahu bahawa tiada apa yang ku ketahui". Kerana
hakikatnya, yang mengetahui, adalah Allah S.W.T.
Segulung
ijazah dari menara gading tertinggi sekalipun, tak bererti kemanusiaan telah
dimiliki.
Budi pekerti,
timbang-rasa dan akhlak terpuji, bermula dari rumah, dari orang tua, dari
didikan, dari kita. Maka sematkan dalam diri, untuk menjadi orang yang baik,
anak yang baik, abang/kakak yang baik, suami/isteri yang baik, ibubapa yang baik,
dan jadilah diri yang sebenar diri.
Baiklah, aku
habiskan di sini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia &
bersih. Semoga kita bertemu lagi dii waktu yang mendatang.
No comments:
Post a Comment