Friday 22 November 2013

Belum jumpa dan bersua muka tetapi sudah ada ‘rasa’?

Belum jumpa dan bersua muka tetapi sudah ada ‘rasa’?

Pelik?

Apa yang peliknya.Tiada yang pelik jika kena caranya.Semua rasa kan datang dari Tuhan juga.Dia yang beri rasa itu,jadi hargai rasa itu dengan mengembalikannya pada Dia agar disampaikan terus pada ‘dia’.

Kisah kita tidak sama tetapi dalam pada ketidaksamaan itu ada kesamaannya,kawan.Tak mengapa kalau masih tak jumpa.Jangan putus asa dan jangan pernah putus doa.Buat mereka yang sudah ada yang ‘berkenan’,sapalah dia dengan cara yang betul & jika dia bersetuju,teruslah disapa walinya.Jangan tunggu lama-lama,mahu bercinta dulu kononnya.Jaga-jaga.Nikmat selepas perkahwinan tak akan dirasa sepenuhnya jika kamu sudah tahu & alami semua sebelumnya.Yang rahsia itu yang buat kamu nanti teruja.

Untuk semua yang mengagumi & meminati ‘dia’ dari jauh,harap dapat difahami nukilanku ini:

BIAR

“Biar aku berbicara denganmu tanpa  suara dari kejauhan dulu..
Biar aku menjagamu tanpa menjagamu..
Biar aku memerhatimu tanpa memerhatimu..
Biar aku biarkanmu terbang bebas dulu sebelum aku jumpa kamu dan kamu jumpa aku..
Biar kamu tahu nanti jika benar semua biarku ini mampu membawa kamu bertemu aku,itu ‘sesuatu’ yang datangnya dari yang Maha Tahu..
Biar aku membelaimu dengan sentuhan doa dulu kerana bagiku itulah satu-satunya telefon hatiku yang menghubungkan aku dengan Dia & kamu walaupun yang bersuara hanya aku..
Biarkan aku dengan biarku kerana walau dalam biar,aku tetap jaga & ‘sedar’ dengan semua Qada’ & Qadar..”

Moga ada yang dapat 'dibaca di antara dua garisan' pada nukilan terbaruku ini.Moga ada sesuatu yang mampu buat kamu & aku sama-sama berfikir.Moga-moga..

Sabar..

'AbdiNya,

Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid

Tuesday 15 October 2013

Pemilik Hati

Kamu...
Maafkan aku seandainya tiap bicara, tiap tingkah dan laku, tiap keputusan, tiap buah fikiran,
tiap perasaan... tiada keserasian, tiada kesejiwaan, tiada kesamaan...

Jangan biar hatimu pantas menerka, memaksa akal untuk seia sekata memberi kata dua perihal diriku yang tampak sangat berbeda dengan kehendakmu yang tidak putus bertali arus pada masa-masa yang terjeda..

Saat ini, jika kau tanya apa yang kurasa..
Aku akan tersenyum seraya berkata;
"Rasa itu rasa yang tiada sempadan tafsir erti dan makna.."

Kamu...
Walaupun kelak kita tidak mampu berdiri teguh,
Walaupun hanya dengan bersimpuh,
Aku benar-benar mahu kamu tahu...
Aku ingin bersamamu dalam jatuh bangunku..dalam jaga lenaku..

Jangan pernah kau ragu..

Tulus,
-Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid-

“Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan kami telah menghilangkan beban yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu, kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari suatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan lain. Dan hanya kepada Rabb-MU-lah hendaknya kamu berharap.”
(QS. Al-Insyirah : 1-8)

Bila Pemilik cinta itu telah menetapkan di mana hatimu harus berlabuh,
Berlabuhlah sesuai kehendak-Nya,
Dan yang pasti....

Lakukanlah kerana Cinta sang Pemilik CINTA akan sentiasa ada dan siap siaga pada setiap masa walau apa jua yang melanda..

Tuesday 27 August 2013

karya kata

Assalamualaikum & Salam Adidilfitri dari aku.

Arakian. Lama sudah tidak bersua antara huruf-hurufku dengan mata-mata kalian. Kali ni aku terpaksa mengaku, memang sengaja aku tak menulis. Sebab aku tak mahu.

Ada yang menegur
"Apa kau buat macam ni?, tak baik la. Kau dah menulis, dah ada yang membaca, kau biar tergantung. Kau tahu tak, tak elok kita menggantung hasrat orang?"

Aku pun tersentak. Terus berfikir. Aku pun setuju dengan suara kecil tu. Dengan pantas aku terus update segala yang terdaya dan mencampak sepatah-dua kata sebagai mengasah semula kebolehan memuntahkan kata-kata melalui penulisan.

DALAM LANGKAH DEMI LANGKAH, SEMAKIN AKU MENGEJAR CINTA DUNIA, SEMAKIN AKU TENGGELAM DALAM NODA.
LANTAS AKU BERPALING MENCARI ARAH KEMBALI MENDAMBA CINTA DARI NYA
DAN TERNYATA SEMAKIN AKU MENGENALI TUHANKU, SEMAKIN BAHAGIA ITU TERCIPTA UNTUKKU . . .


Baiklah, aku habiskan di sini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi dii waktu yang mendatang.

Sunday 21 July 2013

New & Improved.

Mengucapkan sejahtera & selamat sememangnya suatu adab & perkara yang disukai semua. Ia agak tipikal, namun orang Melayu yang pada umumnya beragama Islam sangat mengutamakannya.

Berdosakah aku kalau aku lupakan ucap sejahtera itu kerana aku kurang mesra dengan perkara 'cliché'?. "Tidak!", kata egoku.

Ternyata kehidupan bujang ketika belajar jauh sekali berbeza dengan kehidupan bujang dialam pekerjaan. Disini ingin aku kongsikan sedikit pengalaman buat kalian agar menjadi buah pedoman.
Isu kali ini, tidak begitu sensitif. Cukuplah dengan isu-isu yang membawa pertelingkahan. Kali ini, aku ingin bercakap tentang jatidiri aku sebagai seorang pendidik.

Aku bangga. Bangga dengan pencapaian profesion aku. Mungkin pada setengah tak ke mana. Tapi pada aku, aku jujur terhadap kerja. Jujur dengan persembahan aku sendiri. Mungkin tindakan aku di luar, atau di ruang blog ini sendiri mampu melukai hati sesiapa.

Tapi ketahuilah wahai umat Muhammad!

Sayangi aku kerana aku, dan bencilah aku kerana aku. Aku memelihara kemanusiaan, memelihara ihsan. Ada waktu, tatacara aku tidak bersamaan dengan apa yang sering aku katakan di sini. Hakikatnya, ketahuilah kalian semua, jangan risaukan tentang dosa dan pahala aku. Biarkanlah aku menghibur kalian, dan mengisi waktu bosan kalian.

Kalau kerana penulisan aku ini aku diminati. Maka minati aku di sini sahaja. Jangan ditonton segala persembahanku, kerana percanggahan perbuatanku dan fikiranku pasti jadi persoalan.

Makanya, kalian semua. Kita kembali bertemu lagi. Dan kali ini, keadaan akan menjadi lebih baik dan lebih grafik untuk tatapan kalian. Pendek kata, new & improved la.



OK. Jumpa lagi.

Monday 1 July 2013

warkah buat teman teman

Salam buat teman teman sekalian, alhamdulillah masih lagi tidak kaku jari jemari saya untuk menulis dan menghabiskan sedikit ruang disini.

Sudah menjadi lumrah kehidupan , disetiap pertemuan itu pasti adanya perpisahan. Wahai teman, ingatlah bahawa tidaklah allah akan menghilangkan sesuatu dan menggantikan sesuatu yang baru di kemudian harinya.

Alhamdulillah , setelah 2 tahun setengah saya menghabiskan masa mencari ilmu dibumi darul naim ini, telah banyak pengalaman dan juga ilmu yang saya timba. Dan kepada teman teman sekalian, . . berat utk saya nyatakan sudah tiba masanya untuk kita berpisah walaupun payah.

Coretan ini khas buat kalian semua , andai maaf pun tidak diterima, anggaplah bingkisan ini sebagai pengganti buat maafku disini, doaku buat kalian tidak pernah putus dan kita diibaratkan sebagai satu keluarga disini. Terlalu banyak kenangan kita, susah payah suka duka kita bersama.

Sebak sebenarnya untuk menhadapi perpisahan ini. Tabahkanlah hati wahai teman teman sekalian.

Akhirkata ku disini •Saya bukan ahli zikir yg mampu mempersembahkan rimbunan zikir, bukan juga si abid yang mampu tiap malamnya bersama tuhan , jauh sekali jadi ulama , yang ilmunya mampu merentas zaman, saya hanya ingin menyampaikan. Tidak lebih dari itu.

selamat tinggal semua . jika ad umur yang panjang, kita bersua kembali .

Saturday 20 April 2013

hati mati


Salam buat pembaca, yang lama aku tinggalkan, yang lama aku lupakan, yang lama tak aku fikirkan. Aku rasa bersalah tak menunaikan kata, janjinya nak update, tapi dah berdate-date tak up-up pun. Hahaha. Inilah masalah aku, manusia, suka berdalih, mengelak, mengelat dan sebagainya.

Aku terlupa & tak periksa bila kali terakhir aku menulis di sini. Takpelah, aku tak mahu beratkan isu tu. Yang penting, aku kembali meluang masa dan fikiran di sini.

Aku sekali lagi nyatakan besarnya hajat aku untuk terus menghibur kalian. Jiwa aku di sini, hati aku di sini, nyawa aku di sini. Itu metaforanya saja, sengaja aku berbahasa seni sikit. Hehe.

Arakian. Lama sudah tidak bersua antara huruf-hurufku dengan mata-mata kalian.Kali ni aku terpaksa mengaku, memang sengaja aku tak menulis. Sebab aku tak mahu.

Tapi kemanusiaan aku ni terpanggil. Jauh di dalam hati ada suara kecil yang bertempil didalam dadaku.ya benar , aku belajar utk terus senyum dan menerima apa sahaja takdir yg ditentukan.

Terfikir aku akan soal perhubungan ini . ahh . hendak dibiarkan sahaja tapi sejujurnya aku sayang . apakah mahu menjadi seperti ditiup angin ? hanya menyapa , namun berlalu begitu sahaja . . . jika pengertian insan yang dikau bawa . teruskanlah sebegitu . aku layu . . aku kaku . .

Ya . . benar . cinta tidak harus memiliki . aku pasrah . .

Aku mmg sukar utk difahami , walau 3 dekad roh sekalipun ini menyarungi jasad ini, aku masih sahaja tidak faham diriku. Inikan pula kalian.

Aku lebih akur sekarang. Diminati atau tidak. Aku akan terus berjuang untuk kepercayaanku pada diri sendiri. Kerana baru hari ini aku sedari. Aku tidak berlakon atau bernyanyi untuk diminati. Aku berada di sini kerana minat, keghairahan dan kepuasanku sendiri. Dan aku rasa lebih jujur begitu.

Jika aku menyinggung, itu bukan niatku. Aku cuma ingin telus. Aku cuma ingin lebih 'terbuka'.

Tuesday 2 April 2013

jauh dibenak fikiranku . jauh dalam lubuk hatiku .


Assalammualaikum .

Selepas  sahaja aku berkhalwat bersama sejadah menunaikan fardu . ilham yang tidak terhingga hadir dgn sendirinya . alhamdulillah . kalian sihat ? ya saya . kenapa dgn aku ? maaf . karya ku baku yang  jauhberbatu . ahh . jauh disudut hati kecilku .

Sejauh mana pun aku pergi . aku pasti . ianya mati . ya . hatiku mati . aku tempuhi malam yang penuh dgn sengsara, pastinya malam yang resah dan hiba . tidak tahu apa yg harus aku lakukan kini kerana sebahagian yg selama ini saling melengkapi sudah tiada lagi . fikiranku melayang jauh entah kemana . melayang ke nirwana untuk terus lagi mencarinya . ya . diaa .

Benteng kesabaranku runtuh juga . ditenggelami  arus keresahan , penderitaan . KEMATIAN  barangkali . nauzubillah . minta jauh ya allah . ya . mati itu pasti . andai itu takdir dari illahi . insyaallah . aku bersedia utk menghadapnyaa sendiri .

Tepat sekali dugaanku . terperangkap aku kini . otak ku ligat untuk mencari dimana segala kaki bagi kaki kaki punca . sehinggakan mudah baginya melemparkan dan membuangkan semuanyaa .
Jelas sekali . walaupun ianya terang menunjukkan bahawa ada ketulusan dlm suaranyaa . tetapi pengucapan kata maaf itu belum tepat bagi aku utk memaafkannya . mungkin juga bagi diriku sendiri 

Beruntung badan ini . ia untung . kerana dimasa ia jatuh masih lagi ad seorang hawa yang memautku dan menghulurkan setulus janji dan sesuci cintanya utk membantuku . jutaan terima kasih buat awak .