Salam buat pembaca pembaca sekalian , dan masih
belum terlambat bagi aku untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada
kalian . entry aku bagi kali ini adalah mengenai penghujung hari bagi peneman
kesunyian .
Sukar untuk
aku menyatakan dan meluahkan apa yang tersurat dan juga tersirat dalam hati ini
. apa yang pasti sebenarnya aku kini seperti roh yang sedang memerhatikan
jasadnya sendiri . akan kenapa dinyatakan sebab itu adalah mungkin karena
disebabkan pergolakkan emosi,kemahuan dan juga kehendak .
Senang disini
utk aku ceritakan bahawa sedang rakan rakanku bergembira dihari raya dan juga
beraya sakan , aku masih lagi terlopong dan juga tersadai keseorangan . memang
aku diajar dari kecil utk mnyambut aidilfitri dengan keadaan yang sederhana ,
akan tetapi sesekali ingin juga aku merasakan seperti teman teman dan juga
sahabat handai tidak kira berada di kejauhan mahu pun berhampiran yang
merasakan keseronokkan aidilfitri
diambang era 2012 ini .
Ada kemungkinan
besar untuk menyatakan bahawa hati ini kuat menyatakan bahawa ianya merindui
seseorang yang gemar menjadi penghibur tatkala duka &lara . yang membuat
bibir ini selalu melemparkan senyuman , mata yang merenung ke benak mindanya ,
akal yang tidak henti henti memikirkan mengenai dia .
Pada malam ini
tersingkaplah segalanya dan berkemungkinan besar malam bagi penghujung kerinduan&kesunyiaan
. sekian . wasalam .
No comments:
Post a Comment