Monday 22 October 2012

malam yang suram mungkin


Kadang kadang manusia perlu tahu bahawa mereka tak semestinya selalu bahagia. Dan dengan ayat itulah aku harus mengigatkaan diri aku. Hati juga memainkan peranan yg penting disetiap perhubungan. Yang pastinya kali ini aku gagal untuk mengawalnya

Aku bukan nabi isa yang sewajarnya bagi orang sekeliling meletakkan kesalahan mereka dibahuku dan aku juga bukan nabi muhammad untuk menyuruh mereka munurut segala perintah ilahi.aku hanya hamba biasa yg hidup dimukabumi ini.

Didalam sesebuah kegelapan pasti ada cahaya dan apabila diterangi cahaya pasti sakit mata kesilauan. Hati yang dahulunya kuat kini semakin pudar. Tidak tahu mana arah puncanya. Kosong tiada tempat bergantung dan mungkin tongkat yang menampung hati ini semakin rapuh dimakan anai anai yang dahaga mahupun kelaparan kasih sayang.

Tidak ! aku kenal siapa dia ! dan aku masih lagi kenal siapa hati aku . mungkin azimat kopi tidak sehebat azimat teh . tetapi cukuplah buat aku dgn segelas kopi bagi menemani malam yang kian cerah.

Terimakasihwahaipenghiburhati .

No comments:

Post a Comment