Sunday 25 November 2012

it all about soul

Bukan sengaja aku tak mahu update blog. Takde barang nak aku jual, takde cerita nak aku bualkan. Sekadar emosi turun naik macam temperature kereta . Takpelah,  Saja aku petik macam tu.


Aku sihat, penat menimba ilmu, rajin berkarya. Alhamdulillah, idea agak mencurah, rezeki pun agak murah. Selama berbulan-bulan aku diam, aku menimba ilmu,ilmu psychology, imaginasi aku dan fantasi aku. Aku sering hidup dalam fantasi, dunia realiti cuma persinggahan sementara bagi aku. Tempat singgah untuk melengkapkan hidup sebagai manusia, tempat singgah agar aku mampu menyandang gelaran insan. InsyaAllah.

Cita-cita aku besar, tapi masih fantasi. Kenyataan terlalu garang, membuatkan fantasi aku ada masanya takut untuk menjadi benar. Usaha aku seperti biskut bila mengidam baru mencari jika tidak,memang haram mahu memandangnya. Jadi itulah usaha, ada atau tak ada, hidup tetap terus. Aku pilih biskut untuk makan. Baguslah tu.

Tulisan ini adalah sejujurnya. Aku cuma guna 30% fikiran, dan selebihnya adalah rasa @ luahan.

Aku sunyi. Aku tak tahu kenapa aku sunyi. Walau ada teman, walau diteman. Mungkin aku pentingkan diri. Tak tahulah.
Mungkin aku harus belajar untuk hidup bersama dengan jiwa selain dari jiwa aku sendiri.

No comments:

Post a Comment