Monday 26 November 2012

aku cuma


Kalian pernah bertanya apa yang kalian mahu dalam hidup?Mahu bahagia atau mahu dikelilingi wang?Mahu berusaha atau mahu bergantung harap?Kalian rasa kalian individu yang berdikari?Sungguh kalian berdikari?

Manusia diperalat wang. Diperalat kebendaan. Diperalat kemahuan sendiri. Diperalat nafsu. Sehingga hilang kepercayaan diri.

Takut susah? Takut tak cukup duit?Takut rumah orang lagi besar dari rumah kita?Takut kereta orang lagi mewah dari kereta kita?

Usahalah! Kerja! Tawakal. Sendiri. Atas diri sendiri.

Aku dah penat. Aku nak pejam mata. Aku nak fikirkan sesuatu yang jitu. Yang padu. Yang asal.Aku nak fikir & buat sesuatu yang menyuap jiwa aku. Yang memberi makan pada jiwa aku.Yang memberi makna pada hidup. Yang memberi erti sebenar keberkatan.
Aku mahu itu.

Aku cuma...

Ada jiwa, yang tak ada definisi. Tak ada bentuk. Tak ada warna. Tak ada jawapan.Tapi ada rasa kasih, sayang & tanggungjawab.

Masih kau mahu jadi kekasih aku?

No comments:

Post a Comment