Friday 22 November 2013

Belum jumpa dan bersua muka tetapi sudah ada ‘rasa’?

Belum jumpa dan bersua muka tetapi sudah ada ‘rasa’?

Pelik?

Apa yang peliknya.Tiada yang pelik jika kena caranya.Semua rasa kan datang dari Tuhan juga.Dia yang beri rasa itu,jadi hargai rasa itu dengan mengembalikannya pada Dia agar disampaikan terus pada ‘dia’.

Kisah kita tidak sama tetapi dalam pada ketidaksamaan itu ada kesamaannya,kawan.Tak mengapa kalau masih tak jumpa.Jangan putus asa dan jangan pernah putus doa.Buat mereka yang sudah ada yang ‘berkenan’,sapalah dia dengan cara yang betul & jika dia bersetuju,teruslah disapa walinya.Jangan tunggu lama-lama,mahu bercinta dulu kononnya.Jaga-jaga.Nikmat selepas perkahwinan tak akan dirasa sepenuhnya jika kamu sudah tahu & alami semua sebelumnya.Yang rahsia itu yang buat kamu nanti teruja.

Untuk semua yang mengagumi & meminati ‘dia’ dari jauh,harap dapat difahami nukilanku ini:

BIAR

“Biar aku berbicara denganmu tanpa  suara dari kejauhan dulu..
Biar aku menjagamu tanpa menjagamu..
Biar aku memerhatimu tanpa memerhatimu..
Biar aku biarkanmu terbang bebas dulu sebelum aku jumpa kamu dan kamu jumpa aku..
Biar kamu tahu nanti jika benar semua biarku ini mampu membawa kamu bertemu aku,itu ‘sesuatu’ yang datangnya dari yang Maha Tahu..
Biar aku membelaimu dengan sentuhan doa dulu kerana bagiku itulah satu-satunya telefon hatiku yang menghubungkan aku dengan Dia & kamu walaupun yang bersuara hanya aku..
Biarkan aku dengan biarku kerana walau dalam biar,aku tetap jaga & ‘sedar’ dengan semua Qada’ & Qadar..”

Moga ada yang dapat 'dibaca di antara dua garisan' pada nukilan terbaruku ini.Moga ada sesuatu yang mampu buat kamu & aku sama-sama berfikir.Moga-moga..

Sabar..

'AbdiNya,

Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid

1 comment:

  1. Секс:) секс проститутки Одессы
    Пикантные встречи на достойном уровне. Чувственность, изысканность и искушенность. Грация и изящество, страсть и разврат, легкость и очарование. Видеть и все же не верить, - первая добродетель познающего; видимость - величайший его искуситель.

    ReplyDelete