Tuesday 27 November 2012

tentang fakhrur razi




Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid,itu nama sebenar aku,atau dalam bahasa pasar - nama IC.Mana aku dapat 'Akkul'?.
Masa tu umur aku baru 3 tahun nak masuk 4,aku masih lagi pelat . tidak dapat menyebut setiap patah perkataan dengan betul . jadi MUHAMMAD(mat) FAKHRUR (akul) RAZI(aji)  ,lantaklah. Pelat apa ? bebudak . mna lah tahu sangat .

Aku anak sulung dari 4 orang adik beradik . ayahku Halid Bin Melan ialah hamba allah yang berwibawa aku kenal selepas Nabi Muhammad S.W.T. bondaku Mariani Binti A Rahman ialah kaum hawa yang paling cekal&tabah selepas mariam & siti khatijah. Muhammad arif anwar bin halid ialah adik kedua ku , manakala rafifah adibah bte halid dan rabiah adawiyah bte halid adalah adik perempuan 3 dan 4 yang paling aku jaga . walaupun aku agak tegas dengan mereka tapi , itu tak bermasud aku tidak menyayangi mereka .

Sirah hidup aku tak begitu memberangsangkan mungkin,sebab aku terlahir di dalam 1 keluarga yang sederhana.Tapi aku dibesarkan dengan kasih sayang & kebijaksanaan yang melimpah ruah. 14 february 1993 ,itulah tarikh lahir aku,Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, tempat pertama yang aku jejak. Disitulah tempat pertama aku buka mata. Ayah aku dulu juruteknik TELEKOM MALAYSIA,kakitangan kerajaan,gaji kecik,rumah kecik,jadi...keluarga pun kecik je lah,hehe.

Aku bersekolah di johor bahru,lebih tepat lagi dalam Taman Desa Jaya .Sekolah KebangsaanTaman Desa Jaya,dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya.Di situ aku kenal Melayu,pergaulannya,pemikirannya,tuturkatanya,hipokrasinya dan macam² unsur lagilah.

Dari situlah,aku ma'rifat akan diri aku.Dan dari situ juga,aku isi setiap episod dalam hidup aku sampai hari ini.

Dan segalanya akan aku sambung di episod yang akan datang.Adios.

No comments:

Post a Comment