Friday 28 December 2012

fakhrur razi yang baru dengan tahun baru


Assalamualaikum untuk sekelian pembaca.

Rasanya...dah bermusim aku tak menulis. Memang iya. Kalau setakat tulisan biasa meluah rasa, aku tak panggil itu penulisan. Itu sekadar melepas batuk di tangga. Aku pun malu nak tunjuk muka bila yang membaca hanya boleh tengok blog ni dan rasa "ini je? apasal dengan dia ni?".

Jujurnya, tak ada lagi perkara nak aku cakapkan. Aku bosan ramai sangat hakim & juri. Yang mungkin ada pada aku adalah sisa kemarahan dari kegagalan yang sudah. Gagal untuk merancang kejayaan sendiri, gagal untuk membentuk kehidupan sendiri, gagal untuk merasa dengan lebih baik, gagal untuk berkasih sayang, juga gagal untuk mengenal diri. Marah pada diri sendiri.

Dikesempatan  ini  aku ingin menggucapkan Selamat Tahun Baru. 2013.
Aku bakal jadi 20 tahun bulan Februari ni.

Aku masih bujang.

“Mungkin aku perlu keluarkan borang bakal isteri secara terbuka”. Ahh itu permainan kata hati aku. Aku Cuma bercanda. Kalian bagaimana?
Mungkin dengan tahun baru ini kita mempunyai azam yang baru. Tapi bagaimana pula dgn azam yang lama? Masih tercapai kah ? jika sudah alhamdulillah . jika belum, tidak mengapa teman teman, sematkan ia didalam hati sebagai pembakar dan semangat bagi kita untuk meneruskan hidup di alam 2013 ini.

Ingat teman teman “orang yang bijak adalah seorang yang memikirkan kehidupannya selepas kematiannya” jadi perbanyakkanlah lagi amalan kita agar hidup kita berasa tenang dan damai disisi agama tercinta.

Tiada apa lagi yang sewajarnya aku coretkan disini  selain luahan isi hati aku dan kata kecil hati ku . semoga kita berjumpa lagi dilain hari .

Sekian. Wasalam 

No comments:

Post a Comment