Saturday 20 April 2013

hati mati


Salam buat pembaca, yang lama aku tinggalkan, yang lama aku lupakan, yang lama tak aku fikirkan. Aku rasa bersalah tak menunaikan kata, janjinya nak update, tapi dah berdate-date tak up-up pun. Hahaha. Inilah masalah aku, manusia, suka berdalih, mengelak, mengelat dan sebagainya.

Aku terlupa & tak periksa bila kali terakhir aku menulis di sini. Takpelah, aku tak mahu beratkan isu tu. Yang penting, aku kembali meluang masa dan fikiran di sini.

Aku sekali lagi nyatakan besarnya hajat aku untuk terus menghibur kalian. Jiwa aku di sini, hati aku di sini, nyawa aku di sini. Itu metaforanya saja, sengaja aku berbahasa seni sikit. Hehe.

Arakian. Lama sudah tidak bersua antara huruf-hurufku dengan mata-mata kalian.Kali ni aku terpaksa mengaku, memang sengaja aku tak menulis. Sebab aku tak mahu.

Tapi kemanusiaan aku ni terpanggil. Jauh di dalam hati ada suara kecil yang bertempil didalam dadaku.ya benar , aku belajar utk terus senyum dan menerima apa sahaja takdir yg ditentukan.

Terfikir aku akan soal perhubungan ini . ahh . hendak dibiarkan sahaja tapi sejujurnya aku sayang . apakah mahu menjadi seperti ditiup angin ? hanya menyapa , namun berlalu begitu sahaja . . . jika pengertian insan yang dikau bawa . teruskanlah sebegitu . aku layu . . aku kaku . .

Ya . . benar . cinta tidak harus memiliki . aku pasrah . .

Aku mmg sukar utk difahami , walau 3 dekad roh sekalipun ini menyarungi jasad ini, aku masih sahaja tidak faham diriku. Inikan pula kalian.

Aku lebih akur sekarang. Diminati atau tidak. Aku akan terus berjuang untuk kepercayaanku pada diri sendiri. Kerana baru hari ini aku sedari. Aku tidak berlakon atau bernyanyi untuk diminati. Aku berada di sini kerana minat, keghairahan dan kepuasanku sendiri. Dan aku rasa lebih jujur begitu.

Jika aku menyinggung, itu bukan niatku. Aku cuma ingin telus. Aku cuma ingin lebih 'terbuka'.

No comments:

Post a Comment