Sunday 21 July 2013

New & Improved.

Mengucapkan sejahtera & selamat sememangnya suatu adab & perkara yang disukai semua. Ia agak tipikal, namun orang Melayu yang pada umumnya beragama Islam sangat mengutamakannya.

Berdosakah aku kalau aku lupakan ucap sejahtera itu kerana aku kurang mesra dengan perkara 'cliché'?. "Tidak!", kata egoku.

Ternyata kehidupan bujang ketika belajar jauh sekali berbeza dengan kehidupan bujang dialam pekerjaan. Disini ingin aku kongsikan sedikit pengalaman buat kalian agar menjadi buah pedoman.
Isu kali ini, tidak begitu sensitif. Cukuplah dengan isu-isu yang membawa pertelingkahan. Kali ini, aku ingin bercakap tentang jatidiri aku sebagai seorang pendidik.

Aku bangga. Bangga dengan pencapaian profesion aku. Mungkin pada setengah tak ke mana. Tapi pada aku, aku jujur terhadap kerja. Jujur dengan persembahan aku sendiri. Mungkin tindakan aku di luar, atau di ruang blog ini sendiri mampu melukai hati sesiapa.

Tapi ketahuilah wahai umat Muhammad!

Sayangi aku kerana aku, dan bencilah aku kerana aku. Aku memelihara kemanusiaan, memelihara ihsan. Ada waktu, tatacara aku tidak bersamaan dengan apa yang sering aku katakan di sini. Hakikatnya, ketahuilah kalian semua, jangan risaukan tentang dosa dan pahala aku. Biarkanlah aku menghibur kalian, dan mengisi waktu bosan kalian.

Kalau kerana penulisan aku ini aku diminati. Maka minati aku di sini sahaja. Jangan ditonton segala persembahanku, kerana percanggahan perbuatanku dan fikiranku pasti jadi persoalan.

Makanya, kalian semua. Kita kembali bertemu lagi. Dan kali ini, keadaan akan menjadi lebih baik dan lebih grafik untuk tatapan kalian. Pendek kata, new & improved la.



OK. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment