Friday, 22 November 2013

Belum jumpa dan bersua muka tetapi sudah ada ‘rasa’?

Belum jumpa dan bersua muka tetapi sudah ada ‘rasa’?

Pelik?

Apa yang peliknya.Tiada yang pelik jika kena caranya.Semua rasa kan datang dari Tuhan juga.Dia yang beri rasa itu,jadi hargai rasa itu dengan mengembalikannya pada Dia agar disampaikan terus pada ‘dia’.

Kisah kita tidak sama tetapi dalam pada ketidaksamaan itu ada kesamaannya,kawan.Tak mengapa kalau masih tak jumpa.Jangan putus asa dan jangan pernah putus doa.Buat mereka yang sudah ada yang ‘berkenan’,sapalah dia dengan cara yang betul & jika dia bersetuju,teruslah disapa walinya.Jangan tunggu lama-lama,mahu bercinta dulu kononnya.Jaga-jaga.Nikmat selepas perkahwinan tak akan dirasa sepenuhnya jika kamu sudah tahu & alami semua sebelumnya.Yang rahsia itu yang buat kamu nanti teruja.

Untuk semua yang mengagumi & meminati ‘dia’ dari jauh,harap dapat difahami nukilanku ini:

BIAR

“Biar aku berbicara denganmu tanpa  suara dari kejauhan dulu..
Biar aku menjagamu tanpa menjagamu..
Biar aku memerhatimu tanpa memerhatimu..
Biar aku biarkanmu terbang bebas dulu sebelum aku jumpa kamu dan kamu jumpa aku..
Biar kamu tahu nanti jika benar semua biarku ini mampu membawa kamu bertemu aku,itu ‘sesuatu’ yang datangnya dari yang Maha Tahu..
Biar aku membelaimu dengan sentuhan doa dulu kerana bagiku itulah satu-satunya telefon hatiku yang menghubungkan aku dengan Dia & kamu walaupun yang bersuara hanya aku..
Biarkan aku dengan biarku kerana walau dalam biar,aku tetap jaga & ‘sedar’ dengan semua Qada’ & Qadar..”

Moga ada yang dapat 'dibaca di antara dua garisan' pada nukilan terbaruku ini.Moga ada sesuatu yang mampu buat kamu & aku sama-sama berfikir.Moga-moga..

Sabar..

'AbdiNya,

Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid

Tuesday, 15 October 2013

Pemilik Hati

Kamu...
Maafkan aku seandainya tiap bicara, tiap tingkah dan laku, tiap keputusan, tiap buah fikiran,
tiap perasaan... tiada keserasian, tiada kesejiwaan, tiada kesamaan...

Jangan biar hatimu pantas menerka, memaksa akal untuk seia sekata memberi kata dua perihal diriku yang tampak sangat berbeda dengan kehendakmu yang tidak putus bertali arus pada masa-masa yang terjeda..

Saat ini, jika kau tanya apa yang kurasa..
Aku akan tersenyum seraya berkata;
"Rasa itu rasa yang tiada sempadan tafsir erti dan makna.."

Kamu...
Walaupun kelak kita tidak mampu berdiri teguh,
Walaupun hanya dengan bersimpuh,
Aku benar-benar mahu kamu tahu...
Aku ingin bersamamu dalam jatuh bangunku..dalam jaga lenaku..

Jangan pernah kau ragu..

Tulus,
-Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid-

“Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan kami telah menghilangkan beban yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu, kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari suatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan lain. Dan hanya kepada Rabb-MU-lah hendaknya kamu berharap.”
(QS. Al-Insyirah : 1-8)

Bila Pemilik cinta itu telah menetapkan di mana hatimu harus berlabuh,
Berlabuhlah sesuai kehendak-Nya,
Dan yang pasti....

Lakukanlah kerana Cinta sang Pemilik CINTA akan sentiasa ada dan siap siaga pada setiap masa walau apa jua yang melanda..

Tuesday, 27 August 2013

karya kata

Assalamualaikum & Salam Adidilfitri dari aku.

Arakian. Lama sudah tidak bersua antara huruf-hurufku dengan mata-mata kalian. Kali ni aku terpaksa mengaku, memang sengaja aku tak menulis. Sebab aku tak mahu.

Ada yang menegur
"Apa kau buat macam ni?, tak baik la. Kau dah menulis, dah ada yang membaca, kau biar tergantung. Kau tahu tak, tak elok kita menggantung hasrat orang?"

Aku pun tersentak. Terus berfikir. Aku pun setuju dengan suara kecil tu. Dengan pantas aku terus update segala yang terdaya dan mencampak sepatah-dua kata sebagai mengasah semula kebolehan memuntahkan kata-kata melalui penulisan.

DALAM LANGKAH DEMI LANGKAH, SEMAKIN AKU MENGEJAR CINTA DUNIA, SEMAKIN AKU TENGGELAM DALAM NODA.
LANTAS AKU BERPALING MENCARI ARAH KEMBALI MENDAMBA CINTA DARI NYA
DAN TERNYATA SEMAKIN AKU MENGENALI TUHANKU, SEMAKIN BAHAGIA ITU TERCIPTA UNTUKKU . . .


Baiklah, aku habiskan di sini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi dii waktu yang mendatang.

Sunday, 21 July 2013

New & Improved.

Mengucapkan sejahtera & selamat sememangnya suatu adab & perkara yang disukai semua. Ia agak tipikal, namun orang Melayu yang pada umumnya beragama Islam sangat mengutamakannya.

Berdosakah aku kalau aku lupakan ucap sejahtera itu kerana aku kurang mesra dengan perkara 'cliché'?. "Tidak!", kata egoku.

Ternyata kehidupan bujang ketika belajar jauh sekali berbeza dengan kehidupan bujang dialam pekerjaan. Disini ingin aku kongsikan sedikit pengalaman buat kalian agar menjadi buah pedoman.
Isu kali ini, tidak begitu sensitif. Cukuplah dengan isu-isu yang membawa pertelingkahan. Kali ini, aku ingin bercakap tentang jatidiri aku sebagai seorang pendidik.

Aku bangga. Bangga dengan pencapaian profesion aku. Mungkin pada setengah tak ke mana. Tapi pada aku, aku jujur terhadap kerja. Jujur dengan persembahan aku sendiri. Mungkin tindakan aku di luar, atau di ruang blog ini sendiri mampu melukai hati sesiapa.

Tapi ketahuilah wahai umat Muhammad!

Sayangi aku kerana aku, dan bencilah aku kerana aku. Aku memelihara kemanusiaan, memelihara ihsan. Ada waktu, tatacara aku tidak bersamaan dengan apa yang sering aku katakan di sini. Hakikatnya, ketahuilah kalian semua, jangan risaukan tentang dosa dan pahala aku. Biarkanlah aku menghibur kalian, dan mengisi waktu bosan kalian.

Kalau kerana penulisan aku ini aku diminati. Maka minati aku di sini sahaja. Jangan ditonton segala persembahanku, kerana percanggahan perbuatanku dan fikiranku pasti jadi persoalan.

Makanya, kalian semua. Kita kembali bertemu lagi. Dan kali ini, keadaan akan menjadi lebih baik dan lebih grafik untuk tatapan kalian. Pendek kata, new & improved la.



OK. Jumpa lagi.

Monday, 1 July 2013

warkah buat teman teman

Salam buat teman teman sekalian, alhamdulillah masih lagi tidak kaku jari jemari saya untuk menulis dan menghabiskan sedikit ruang disini.

Sudah menjadi lumrah kehidupan , disetiap pertemuan itu pasti adanya perpisahan. Wahai teman, ingatlah bahawa tidaklah allah akan menghilangkan sesuatu dan menggantikan sesuatu yang baru di kemudian harinya.

Alhamdulillah , setelah 2 tahun setengah saya menghabiskan masa mencari ilmu dibumi darul naim ini, telah banyak pengalaman dan juga ilmu yang saya timba. Dan kepada teman teman sekalian, . . berat utk saya nyatakan sudah tiba masanya untuk kita berpisah walaupun payah.

Coretan ini khas buat kalian semua , andai maaf pun tidak diterima, anggaplah bingkisan ini sebagai pengganti buat maafku disini, doaku buat kalian tidak pernah putus dan kita diibaratkan sebagai satu keluarga disini. Terlalu banyak kenangan kita, susah payah suka duka kita bersama.

Sebak sebenarnya untuk menhadapi perpisahan ini. Tabahkanlah hati wahai teman teman sekalian.

Akhirkata ku disini •Saya bukan ahli zikir yg mampu mempersembahkan rimbunan zikir, bukan juga si abid yang mampu tiap malamnya bersama tuhan , jauh sekali jadi ulama , yang ilmunya mampu merentas zaman, saya hanya ingin menyampaikan. Tidak lebih dari itu.

selamat tinggal semua . jika ad umur yang panjang, kita bersua kembali .

Saturday, 20 April 2013

hati mati


Salam buat pembaca, yang lama aku tinggalkan, yang lama aku lupakan, yang lama tak aku fikirkan. Aku rasa bersalah tak menunaikan kata, janjinya nak update, tapi dah berdate-date tak up-up pun. Hahaha. Inilah masalah aku, manusia, suka berdalih, mengelak, mengelat dan sebagainya.

Aku terlupa & tak periksa bila kali terakhir aku menulis di sini. Takpelah, aku tak mahu beratkan isu tu. Yang penting, aku kembali meluang masa dan fikiran di sini.

Aku sekali lagi nyatakan besarnya hajat aku untuk terus menghibur kalian. Jiwa aku di sini, hati aku di sini, nyawa aku di sini. Itu metaforanya saja, sengaja aku berbahasa seni sikit. Hehe.

Arakian. Lama sudah tidak bersua antara huruf-hurufku dengan mata-mata kalian.Kali ni aku terpaksa mengaku, memang sengaja aku tak menulis. Sebab aku tak mahu.

Tapi kemanusiaan aku ni terpanggil. Jauh di dalam hati ada suara kecil yang bertempil didalam dadaku.ya benar , aku belajar utk terus senyum dan menerima apa sahaja takdir yg ditentukan.

Terfikir aku akan soal perhubungan ini . ahh . hendak dibiarkan sahaja tapi sejujurnya aku sayang . apakah mahu menjadi seperti ditiup angin ? hanya menyapa , namun berlalu begitu sahaja . . . jika pengertian insan yang dikau bawa . teruskanlah sebegitu . aku layu . . aku kaku . .

Ya . . benar . cinta tidak harus memiliki . aku pasrah . .

Aku mmg sukar utk difahami , walau 3 dekad roh sekalipun ini menyarungi jasad ini, aku masih sahaja tidak faham diriku. Inikan pula kalian.

Aku lebih akur sekarang. Diminati atau tidak. Aku akan terus berjuang untuk kepercayaanku pada diri sendiri. Kerana baru hari ini aku sedari. Aku tidak berlakon atau bernyanyi untuk diminati. Aku berada di sini kerana minat, keghairahan dan kepuasanku sendiri. Dan aku rasa lebih jujur begitu.

Jika aku menyinggung, itu bukan niatku. Aku cuma ingin telus. Aku cuma ingin lebih 'terbuka'.

Tuesday, 2 April 2013

jauh dibenak fikiranku . jauh dalam lubuk hatiku .


Assalammualaikum .

Selepas  sahaja aku berkhalwat bersama sejadah menunaikan fardu . ilham yang tidak terhingga hadir dgn sendirinya . alhamdulillah . kalian sihat ? ya saya . kenapa dgn aku ? maaf . karya ku baku yang  jauhberbatu . ahh . jauh disudut hati kecilku .

Sejauh mana pun aku pergi . aku pasti . ianya mati . ya . hatiku mati . aku tempuhi malam yang penuh dgn sengsara, pastinya malam yang resah dan hiba . tidak tahu apa yg harus aku lakukan kini kerana sebahagian yg selama ini saling melengkapi sudah tiada lagi . fikiranku melayang jauh entah kemana . melayang ke nirwana untuk terus lagi mencarinya . ya . diaa .

Benteng kesabaranku runtuh juga . ditenggelami  arus keresahan , penderitaan . KEMATIAN  barangkali . nauzubillah . minta jauh ya allah . ya . mati itu pasti . andai itu takdir dari illahi . insyaallah . aku bersedia utk menghadapnyaa sendiri .

Tepat sekali dugaanku . terperangkap aku kini . otak ku ligat untuk mencari dimana segala kaki bagi kaki kaki punca . sehinggakan mudah baginya melemparkan dan membuangkan semuanyaa .
Jelas sekali . walaupun ianya terang menunjukkan bahawa ada ketulusan dlm suaranyaa . tetapi pengucapan kata maaf itu belum tepat bagi aku utk memaafkannya . mungkin juga bagi diriku sendiri 

Beruntung badan ini . ia untung . kerana dimasa ia jatuh masih lagi ad seorang hawa yang memautku dan menghulurkan setulus janji dan sesuci cintanya utk membantuku . jutaan terima kasih buat awak .

Sunday, 24 March 2013

let it be


Mengucapkan sejahtera & selamat sememangnya suatu adab & perkara yang disukai semua. Ia agak tipikal, namun orang Melayu yang pada umumnya beragama Islam sangat mengutamakannya.

Entahkan bagaima ku hendak memulakan segala yang terpendam dan yang tulus lagikan mulus dari isi hatiku ini . kadangkala manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada selagi mereka tidak kenal erti “syukur”.

Ahh . bingitlah telinga ku mendengar tomahan tomahan yang sewenang wenangnya mereka lemparkan . entahkan benar atau pun tidak . dihembuskan sahaja . ikutkan darah muda . senang cerita tepek depan depan lah . kan senang . apa yang di iri hatikan sangat pun tak tahu . life masing masing kan ? peduli lah .

Penat mulut utk bercerita mereka mengata . penat juga mulut utk mengata . ahh . aku pedulikan sahaja . dan apa yang penting . kita tak ggu orang . kita hanya kita . hidup kita .

Aku berharap, aku akan menjadi orang yang semakin punya timbang rasa, yang punya disiplin, dan punya tanggungjawab. Bila aku sendiri dah menempuhi alam dewasa, baru aku tahu apa maksud, belajar menerima.

Belajar menerima adalah mensyukuri, belajar menyukai apa yang ada, bukan memahukan apa yang tak ada. Kalau orang putih, katanya, "love what you have, not have what you love".

Begitulah lebih kurang, BI aku tak power. Hehe.

Manusia diperalat wang. Diperalat kebendaan. Diperalat kemahuan sendiri. Diperalat nafsu. Sehingga hilang kepercayaan diri . Wang tak mampu beli cinta? Wang tak mampu mengusulkan kebahagiaan? . Wang mampu beli jiwa. Jiwa yang hodoh. Yang hodoh. Yang tak kuat. Yang lembik!

Kalian rasa kalian cantik? Atau jiwa kalian cantik?

Mana satu kalian mahu?

Dua-dua?

Segulung ijazah dari menara gading tertinggi sekalipun, tak bererti kemanusiaan telah dimiliki.

Budi pekerti, timbang-rasa dan akhlak terpuji, bermula dari rumah, dari orang tua, dari didikan, dari kita. Maka sematkan dalam diri, untuk menjadi orang yang baik, anak yang baik, abang/kakak yang baik, suami/isteri yang baik, ibubapa yang baik, dan jadilah diri yang sebenar diri.




Tuesday, 26 February 2013

diantara kesempitan dan kenikmatan tersembunyi kebahagiaan


Bismillahirahmanirahim .

Salam buat semua teman mahupun sahabat handai . sudah berbulan rasanya tidak ku coretkan segala rasa hati disini . maaf andai ad yang tertanya tanya dimanakah new entry yang baru . maaflah , bukan tidak mahu di update tapi tiada ruang waktu untuk diluangkan . mana tidaknya busy dgn final exam .

Alhamdulillah syukur diatas nikmat allah diatas segala pemberiannya dan nikmatnya .

Kehidupan bukan merumitkan malah membahagiakan . percintaan tidak semestinya suatu penderitaan malah ianya satu kurniaan . persahabatan bukannya suatu pertelingkahan , ianya pengalaman . perkahwinan adalah sesuatu anugerah dari tuhan .

Aku cuba untuk berdiam tapi ianya hanya kelam . terus untuk berkata tapi aku takut diperkata . bila bermesra terus berfoya foya .
Dengan berlandaskan cahaya dilorong yang benar . hidayat dari tuhan . aku percaya dengan jodoh dan takdir . kadang kadang kita terus kedepan tapi kita lupa akan dugaan . bila kita kekal di belakang kita akan ditendang .

Jika takut dengan kehilangan . bersyukurlah dengan segala kenikmatan .

Wasalam .

Wednesday, 13 February 2013

Hari Lahir Kononnya


Assalamualaikum buat sekalian pembaca .
Tanggal 14.02.1993 seorang bayi telah dilahirkan. Dan bayi tersebut diberi nama MUHAMMAD FAKHRUR RAZI BIN HALID.

Ahaa . saja nak promote tuu . hehe . nampak tak permainan mamat ni kat sini ? haha . bukan itu yang ingin aku coretkan buat kali ini .

“ya allah ya tuhan ku , ampunkanlah segala dosa dosa ku ya allah , ampunkanlah dosa dosan kedua ibubapaku ya allah , murahkanlah rezeki mereka , tabahkanlah hati mereka , jauhilah ahli keluarga ku dari segala bala bencana ya allah . ya allah , aku bersyukur ya allah kerana dipanjangkan umur ya allah”. Bersyukur . itu perlu .

Fakhrur ! umur dah 20 ! gf mana gf ?

Aku masih bujang.

“Mungkin aku perlu keluarkan borang bakal isteri secara terbuka”. Ahh itu permainan kata hati aku. Hehe

Tiada ap yang ingin dicoretkan lagi disini , selain ucapan syukur kehadrat allah S.W.T dan juga kepada kedua ibu bapaku yang telah banyak mendidik ku dgn baik. Tidak lupa juga kepada sahabat sahabat yang telah banyak bersama aku dikala susah dan juga senang .

Doakan kesejahteraan hidup saya ya . insyaallah . semoga allah membalas jasa baik kalian .

Sekian , wasalam .

Sunday, 27 January 2013

jika benar cinta itu dusta , rela ku pilih derita . mungkin benar cinta itu bahagia , aku pilih keluarga .


Salam buat pembaca pembaca sekalian .

Hati hati dgn hati . kerana hati perasaan mati .
Bila dia sudah dihati pikatlah jadi buah hati .
Bila buah hati berada dihati .
Jagalah dia sampai mati .

jika benar cinta itu dusta , rela ku pilih derita .
mungkin benar cinta itu bahagia , aku pilih keluarga .

“Ahh . ini semua poyo”! hati kecil ku meronta. Sampai kapan ia meronta aku sendiri mencari cari jawapannya.

Ada yang bertanya . “ fakhrur kenapa awak tak nak cari gf ”?

Jawapanku senang sahaja .

“aku masih lagi terkapai kapai dalam kehidupan”. ibarat semut jalan terkemut kemut . haha . itu perumpamaan mengarut fakhrur . “bagi aku . biarlah aku membalas jasa kedua ibu bapa ku dahulu dan ahli keluarga ku sendiri”. “tangungganku besar . disebabkan aku anak sulung , sedangkan family sendiri tak tertangungg inikan pula menangungg orang luar untuk dijadikan sebahagian daripada ahli keluargaku”.

Bukan aku jual mahal . tapi murah aj . heheheh . sudahlah . kejar cita cita dahulu . baru cinta . tu baru steady bro ! .

Wasalam .

Friday, 18 January 2013

benci hati . benci .


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih berfikir, masih menaip, masih mensyukuri, belum hilang akal lagi. Inilah dia sekembalinya aku menulis, terima kasih pada yang menyokong, yang tak menyokong, yang suka, yang benci, yang cinta, yang benci, yang tak peduli, yang benci.

Eh! berapa ramai yang benci daa?

Aku tau. Ramai. Well, aku tak ralat, tak goyah. Benci juga perasaan, kalau aku seorang yang menghargai perasaan, aku mesti mampu hargai benci orang pada aku. Hehe. Kalau dari benci dah bertukar sedikit pada suka, kalian harus tahu, maknanya doa aku dah termakbul.
Aku nak menulis pasal benci sebenarnya. Untuk entry ni, aku nak emphasize pada perkataan benci, unsur benci, dan...benci.

Benci ni satu perasaan yang unik sebenarnya, kuatnya sama saja dengan cinta. Cuma benci lebih cenderung kepada kegelepan, atau dalam kata lain atau metafora yang lain, 'kejahatan'.
Well, itu yang biasanya sinonim dengan benci.

Benci: seperti yang dikatakan, sama saja dengan cinta, tidak perlu alasan atau sebab atau dalil atau logik untuk lahir. Orang boleh membenci begitu saja, tidak perlu sebab, tidak perlu punca. Aneh? Itulah manusia. Ironic, yet unique.

Ada orang, tengok muka orang lain je, dah cukup untuk buat dia benci dan cakap, " Eiii! Benci aku tengok muka dia ". Macam tu je? Ya! macam tu je!.

Ada orang, tengok je muka orang lain, jatuh cinta!! Haa, itulah yang dipanggil cinta pandang pertama, so sekarang kita tahu ada benci pandang pertama juga. Sama kan? (angguk je)

Aku dah kenal pasti beberapa tahap level orang benci. Orang kalau dah benci, segalanya dia benci, orang yang membenci orang lain, tapi masih boleh tolerate lagi orang yang dibenci itu adalah antara orang2 yang layak jadi pemimpin di muka bumi ni. Sebab dia tak bias. Dia jujur pada perasaan benci itu.
Last word dari aku . susah kalau asyik nak jaga hati dan perasaan org . sedangkan hati kita sendiri terbuang .

Sunday, 30 December 2012

yang tulus lagikan mulus .


Salam sayang buat pembaca sekalian.

Ku utuskan untuk mencoret sedikit luahan hati disini. Dan selalu berharap agar segala karyaku disukai oleh kalian kalian semua.

“kadang kadang aku cuba untuk terus telus dalam berkata kata. Namun bukannya selalu dapat begitu. Jika ianya hanya disalah ertikan, lebih baik ianya tidak wujud dari ia wujud dgn sia sia”.

“Ahh. Manusia, bila dilimpahi kemewahan pasti mereka meninggi diri”. Itu lumrah kehidupan fakhrur. Just let it go ! siap berbahasa inggeris lagi ni. Hee.

“manusia adalah gila& hitam. Dibiarkan saja hatinya bertebar diatas bumi ini dengan cahaya kegelapan. Tetapi disebabkan ianya ditutupi jasad, kita sebagai makhluk lain mana dapat tahu”!.

Lumrahlah bagi seorang manusia...kata kata kesat adalah permainan kecil bibir dan juga perisai bagi diri seseorang. Biar sungguh pun perit kocek tak berisi dari buas kocek dengan iri hati dan takbur.

Apakah kamu mahu menjadi seperti  ditiup angin? Hanya menyapa, namun berlalu beguti sahaja. Jika tiada pengertian insan yang engkau sendiri bawa. Lebih baik diam dari pada berkata kata dan terus kecewa.

Jika ‘kepastian’ sudah di kedua tapak tanganmu, apa lagi yang tuan hamba inginkan?  Sebenarnya karyaku hanya mainan diriku dan juga obsesiku.

Ya rabb, jika setiap doa dan juga ingatan mulus kalian kalian ini semua adalah baik belaka, dikau kurniakanlah mereka dengan limpah luasnya. Amin .

“jangankan ke kemboja, ke utopia pun ku ikut kamu. Kalau memang kamu cinta dan sayang aku, ke kutub utara aku juga sanggup bertempel bersama kamu” acehh ! itu luahan ikhlas .

Sekian wasalam .

Friday, 28 December 2012

fakhrur razi yang baru dengan tahun baru


Assalamualaikum untuk sekelian pembaca.

Rasanya...dah bermusim aku tak menulis. Memang iya. Kalau setakat tulisan biasa meluah rasa, aku tak panggil itu penulisan. Itu sekadar melepas batuk di tangga. Aku pun malu nak tunjuk muka bila yang membaca hanya boleh tengok blog ni dan rasa "ini je? apasal dengan dia ni?".

Jujurnya, tak ada lagi perkara nak aku cakapkan. Aku bosan ramai sangat hakim & juri. Yang mungkin ada pada aku adalah sisa kemarahan dari kegagalan yang sudah. Gagal untuk merancang kejayaan sendiri, gagal untuk membentuk kehidupan sendiri, gagal untuk merasa dengan lebih baik, gagal untuk berkasih sayang, juga gagal untuk mengenal diri. Marah pada diri sendiri.

Dikesempatan  ini  aku ingin menggucapkan Selamat Tahun Baru. 2013.
Aku bakal jadi 20 tahun bulan Februari ni.

Aku masih bujang.

“Mungkin aku perlu keluarkan borang bakal isteri secara terbuka”. Ahh itu permainan kata hati aku. Aku Cuma bercanda. Kalian bagaimana?
Mungkin dengan tahun baru ini kita mempunyai azam yang baru. Tapi bagaimana pula dgn azam yang lama? Masih tercapai kah ? jika sudah alhamdulillah . jika belum, tidak mengapa teman teman, sematkan ia didalam hati sebagai pembakar dan semangat bagi kita untuk meneruskan hidup di alam 2013 ini.

Ingat teman teman “orang yang bijak adalah seorang yang memikirkan kehidupannya selepas kematiannya” jadi perbanyakkanlah lagi amalan kita agar hidup kita berasa tenang dan damai disisi agama tercinta.

Tiada apa lagi yang sewajarnya aku coretkan disini  selain luahan isi hati aku dan kata kecil hati ku . semoga kita berjumpa lagi dilain hari .

Sekian. Wasalam 

Sunday, 9 December 2012

hati hati



Salam buat pembaca sekalian agaknya hampir sebulan agaknya tidak aku menulis . kekok rasanya jari jemari aku . maaf . bukan aku tidak mahu menulis . tapi . tiada apa yang perlu aku tulis . hati kosong mindaku benggong . ahh . yg berlalu biarkan . jangan diunkit lagi .

Kadang kadang ada perkara yang patut kita lupakan , walaupun ianya menyakitkan , dan kita hanya berharap agar ianya dapat membahagiakan . itu hanya kata kata . tapi . .

Bagaimana pula dgn kata hati ?

Hati yang sudah mati mmg payah utk berdarah kembali .

wow . banyaknya kata kata kau fakhrur .

“ ya ! itu aku yang suka bermain dgn kata kata !”

Aku lah penghibur hati . akulah penglipur lara . aku lah hero dan aku lah segalanya . tetapi tidak semudah itu . aku masih lagi lemah . lemah dimata allah s.w.t .

Mungkin ada hikmah disebalik ini semua dan aku terima segala ketentuan mu ya rab . andai itu takdirnya . aku redha .

Disebalik kesedihan dan kesuraman . terselit sedikit kegembiraan .

Sunday, 2 December 2012

soal hati


Assalamualaikum . jam sekarang tepat pukul 12.20 a.m . ya aku masih lagi belum melabuhkan tirai kelopak mataku.kali ini aku benar benar buntu untuk mempersoalkan soal hati aku sendiri . ya benar para pembaca sekalian . ini soal diriku . sengaja aku panjangan intronyaa .

“hati manusia boleh berubah ubah” ? ohh . perkataan yang amat lazim sekali kita pernah dgr . sudahlah fakhrur . kau bijak berkata kata . itu kata hati kau . bukan aku .

Kadang kadang ianya bukan salah hati akan tetapi pilihan hati yang sering berubah ubah . manusia . lain seleranya . ahh . suka hati kau aj fakhrur cakap macam tu . nada hatiku sinis !

Itu Cuma soalannya . bagaimana pula jawapannya ?

Hati manusia akan lebih tenang dan kukuh . apabila insan tersebut  mendekat kan diri mereka dgn allah S.W.T . bukannya nya apa . bila kita mendekatkan diri dgn allah . kita juga akan dilorongkan jalan yang benar . jadi tidak lah menyimpang . ingat teman teman jodoh itu . rahsia allah .

Omelan aku hanya sekadar sampai disini sahaja . lain hari dan lain waktu kita bersua . maaf . idea aku mlm ni tidak setinggi karya kalian .

mata sudah berpinar . badan sudah layu . perbanyakka istighfar . mengigati tuhan itu perlu . hee . salam .

Thursday, 29 November 2012

aku dan hatiku


Dalam perjalan setiap insan yang melewati bumi Ar-Rahman ni, setiap jiwa berkehendakkan macam-macam perkara. Antara yang utama, adalah kasih sayang, perhatian, harapan, cita-cita dan kejayaan. Tak ada seorang manusia yang tidak mempunyai perkara-perkara yang aku sebutkan tadi ni.

Sampai di satu peringkat dalam diri, mungkin peringkat suku abad, atau awal sikit, atau lewat sikit, satu-satu individu pasti akan cuba mempelajari untuk mengenal dirinya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dari luar sampai dalam (dari yang lahir ke yang batin, bukan yang lain ye?).

Dan kini aku dan dia . masing masing busy dgn study . tidak mengapa . kerana itu adalah komitmen bagi diri aku dan dia . kami chill . kami rileks . tapi tidak bermakna kami tidak menyayangi diantara satu sama lain .

“ya aku saya dan aku cintakan dia“hati kecilku bersuara .

Walau mcm mna sekalipun hubungan kita . percayalah .

“saya akan cintakan awak sehingga nafas terakhir saya ”itu kata hatiku yang berasmara .

Remember . sayangilah pasangan anda sebelum ia pergi . ya . jujur . aku buntu . hee . adiosss . salam .

Tuesday, 27 November 2012

tentang fakhrur razi




Muhammad Fakhrur Razi Bin Halid,itu nama sebenar aku,atau dalam bahasa pasar - nama IC.Mana aku dapat 'Akkul'?.
Masa tu umur aku baru 3 tahun nak masuk 4,aku masih lagi pelat . tidak dapat menyebut setiap patah perkataan dengan betul . jadi MUHAMMAD(mat) FAKHRUR (akul) RAZI(aji)  ,lantaklah. Pelat apa ? bebudak . mna lah tahu sangat .

Aku anak sulung dari 4 orang adik beradik . ayahku Halid Bin Melan ialah hamba allah yang berwibawa aku kenal selepas Nabi Muhammad S.W.T. bondaku Mariani Binti A Rahman ialah kaum hawa yang paling cekal&tabah selepas mariam & siti khatijah. Muhammad arif anwar bin halid ialah adik kedua ku , manakala rafifah adibah bte halid dan rabiah adawiyah bte halid adalah adik perempuan 3 dan 4 yang paling aku jaga . walaupun aku agak tegas dengan mereka tapi , itu tak bermasud aku tidak menyayangi mereka .

Sirah hidup aku tak begitu memberangsangkan mungkin,sebab aku terlahir di dalam 1 keluarga yang sederhana.Tapi aku dibesarkan dengan kasih sayang & kebijaksanaan yang melimpah ruah. 14 february 1993 ,itulah tarikh lahir aku,Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, tempat pertama yang aku jejak. Disitulah tempat pertama aku buka mata. Ayah aku dulu juruteknik TELEKOM MALAYSIA,kakitangan kerajaan,gaji kecik,rumah kecik,jadi...keluarga pun kecik je lah,hehe.

Aku bersekolah di johor bahru,lebih tepat lagi dalam Taman Desa Jaya .Sekolah KebangsaanTaman Desa Jaya,dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya.Di situ aku kenal Melayu,pergaulannya,pemikirannya,tuturkatanya,hipokrasinya dan macam² unsur lagilah.

Dari situlah,aku ma'rifat akan diri aku.Dan dari situ juga,aku isi setiap episod dalam hidup aku sampai hari ini.

Dan segalanya akan aku sambung di episod yang akan datang.Adios.

Monday, 26 November 2012

two W


Kadang kadang manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada. Ya benar, tapi mcm mna dgn kau ? itu pertanyaan hatiku. Jawapannya senang. Manusia tidak akan pernah puas selagi mereka tidak kenal apa itu erti “bersyukur” . benda ni semua muqadimah utk bagi korang kesedaran . tak ad bersangkut paut pun .

“Menangis saja kalau itu perlu”

itu kataku . korang tahu kenapa ? jauh dilubuk hati bagi setiap insan pasti ada kesedaran. Dan kesedaran itu yang perlu kita turutkan agar menjadi seorang mukmin dibumi tuhan ini.

“bujang”? Itu aku.

Hidup bujang memang tidak perlu fikir soal cinta . siapa cakap ? bukan tidak fikir dan bukan tidak memikir . itu double meaning! Senang senang aj korang lontarkan kata kata itu.

“Seorang lelaki boleh berubah kerana dua W”(creadittobudakpailangdialog)

Ya itu benar .

1st W is wealth . acehh . abg fakhrur speakinglah . ahhh ! itu suatu perlian bagi aku . kita kembali pada 1st W tadi . “harta” ya benar dgn harta lelaki juga boleh punyai segalanya, dan lelaki perlukan harta utk hidup.itu semua harta dunia. Usah kau khuatir fakhrur, lambat laun kau pasti akan peroleh.

Cuma lambat ataupun cepat . “ku pegang kata kata itu”

2st wanita. Ya wanita . kadang kadang ianya perlu . kadang kadang pula ianya hanya permainan hati . ingin mencari yang perlu itu susah dan ingin mencari yang pencukur bulu itu senang . bulu apa eh ? ahh sudahh . aku buang jauh jauh perasaan ni semua . bila dah ad depan mata pasti jemu . aku jujur . bukan jemu apa . sayang itu ada tapi dimana ? pergilah jauh dilubuk hati. Dan bila perlu muncullah kau wanita .

Hanya tuhan yang mengerti dan mengetahui segala isi hati dan juga segala yg bakal terjadi

kata hati


Selamat pagi para pembaca sekalian . pagi ni ditemani angin sempoi sempoi kipas dinding dan rintihan nada hujan membuat kan mood aku melonjak lonjak utk update blog . entah kenapa dan mengapa begini aku pun tak tahu . ahh . sengaja kau berbuat demikian . ! nada sinis hati kecilku .

Sekarang makin hari makin kerap kepala ku dipenuhi dengan idea idea baru .

Aku menulis bukan kerana terpaksa . aku menulis kerana kata hati lara . dan aku juga menulis bagi menghibur hati kalian semua .
Bagi aku , dengan menulis aku juga dapat mengebangkan lagi sedikit sebanyak ilmu sastera yang telah ku pelajari separuh separuh . cehh . separuh !  aku buntu .

Sedikit sebanyak pengalaman aku dapat juga dikongsikan . bagaimana kalian ?

Slumber sahaja . kita tempuh apa didepan kita . kita hadap . jangan getar . percaya pada tuhan . yakin pada diri . insyaallah . kita boleh !

Ikut kata hati . nada hati . dan juga perihalkan ianya semua dengan nawaitu supaya ianya tidak hanyut nanti .

Salam sekalian